Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang, Emas dan Minyak Mentah Dalam Pasaran Eropah

51

Forex

Matawang dolar Australia menyusut manakala matawang New Zealand mengukuh berbanding US dolar pada hari Rabu dalam sesi dagangan Eropah berikutan tumpuan pasaran pada ketegangan geopolitik antara U.S dan Korea Utara.

AUD menyusut sebanyak 0.09% kepada 0.7588 berbanding US dolar. Matawang NZD mengukuh sebanyak 0.20% kepada 0.6912 etakat jam 04.30 petang. Bacaan ini jatuh daripada bacaan tertinggi sejak 11 Oktober lalu.

  • Pasaran mengkhuatirkan terhadap isu geopolitik yang berlaku selepas Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu jenis terbarunyanya yang dikatakan dapat sampai ke benua U.S.
  • Presiden Donald Trump mengeluarkan kenyataan bahawa beliau dapat mengedalikan hal ini.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain menyusut sebanyak 0.24% kepada 92.28 dalam sesi dagangan Eropah pada hari Rabu setakat jam 04.30 petang.

  • Penyusutan US dolar terhalang untuk susut lebih banyak selepas data keyakinan pengguna menunjukkan hasil yang positif.
  • Keyakinan pengguna US meningkat ke paras tertinggi 17 tahun lalu pada bulan November didorong oleh pasaran buruh yang kukuh.
  • Pelabur yakin bahawa Senat US akan meluluskan pelan reformasi cukai Trump.

Minyak

Harga minyak mentah mencatat kejatuhan tiga hari berturut-turut pada Rabu dan diteruskan dalam pasaran Eropah.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember jatuh sebanyak 0.45% kepada $57.76 etakat jam 04.30 petang.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London jatuh sebanyak 0.54% kepada $62.90 setong etakat jam 04.30 petang.

  • Berdasarkan laporan American Petroleum Institute (API), inventori minyak mentah US meningkat sebanyak 1.821 juta tong kepada 457.3 juta tong bagi minggu yang berakhir 24 November.
  • Namun kejatuhan ini diimbangi dengan pembukaan kembali saluran minyak Keystone.
  • Pasaran sangsi dengan niat Rusia untuk melanjutkan perjanjian pemotongan minyak yang berakhir pada Mac 2018.

Emas.

Sentimen ujian peluru berpandu gagal mendorong peningkatan harga dalam emas dalam sesi dagangan Asia pada hari Rabu.

Pelabur member tumpuan pada ucapan Janet Yellen dan data ekonomi U.S

Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex susut sedikit sebelum mencatat peningkatan sebanyak 0.05% pada Rabu kepada $1,293.20 setakat jam 04.30 petang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat