Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang, Emas dan Minyak Mentah Dalam Pasaran Eropah

62

Forex

Matawang dolar Australia mengukuh manakala matawang New Zealand menyusut berbanding US dolar pada hari Khamis.

AUD mengukuh sebanyak 0.05% kepada 0.7584 berbanding US dolar. Matawang NZD menyusut sebanyak 0.61% kepada 0.6841 setakat jam 04.35 petang.

  • Pengukuhan AUD didorong oleh data ekonomi yang positif.  Berdasarkan Jabatan Perangkaan Statistik Australia, permit pembinaan meningkat 0.9% pada bulan Oktober berbanding jangkaan yang mensasarkan 1.8% kejatuhan.
  • Perbelanjaan modal swasta meningkat 1.0% pada suku tahun ketiga sejajar dengan jangkaan.

Penyusutan NZD adalah disebabakan Indeks keyakinan perniagaan ANZ jatuh keparas terendah 8 tahun lalu iaitu pada -39.3 berbanding bulan Oktober yang mencatat bacaan -10.1.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang mengukuh sebelum menyusut sedikit 0.02% kepada 93.20 dalam sesi dagangan Eropah pada hari Khamis setakat jam 04.35 petang.

  • Pelabur kini memberi tumpuan pada undian oleh Senat selepas komuniti perbelanjaan Senat meluluskan bil cukai Presiden Donald Trump.

Minyak

Harga minyak kembali melonjak naik pada hari Khamis dalam sesi dagangan Eropah.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember jatuh sebanyak 0.16% kepada $57.39 setakat jam 04.35 petang.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London jatuh sebanyak 0.21% kepada $62.67 setong setakat jam 04.35 petang.

  • Pengukuhan ini didorong oleh pertemuan awal yang dihadiri oleh 6 menteri seakan-akan menunjukkan bahawa Iran dan Rusia bersetuju untuk melanjutkan berjanjian potongan pengeluaran minyak sehingga akhir tahun 2018.
  • Pasaran kini memberi tumpuan pada pendirian yang bakal di ambil oleh Rusia sama ada akan bersetuju dengan lanjutan tempoh pemotongan atau tidak.
  • OPEC bersama Rusia dan 9 pengeluar utama lain yang telah berjanji menghadkan pengeluaran kepada 1.8 juta tong sehari (bdp) sejak Januari lalu dan bakal tamat pada Mac 2018.

Emas

Harga emas jatuh keparas terendah 1 minggu lalu pada hari Khamis berikutan tumpuan pelabur pada laporan pendapatan peribadi dan perbelanjaan US . Pelabur juga memberi menantikan indikasi monetari polisi.

Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex mencatat kejatuhan sebanyak 0.08% pada Khamis kepada $1,281.12 setakat jam 04.35 petang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat