Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang, Emas dan Minyak Mentah Dalam Pasaran Eropah

39

Forex

Matawang dolar Australia menyusut, manakala matawang New Zealand mengukuh berbanding US dolar pada hari Rabu dalam sesi dagangan Eropah.

AUD mencatat penyustan sebanyak 0.38% kepada 0.7579 berbanding US dolar. Matawang NZD juga mencatat pengukuhan sebanyak 0.32% kepada 0.689 setakat jam 4.40 p.m.

Penyusutan AUD didorong oleh faktor berikut :

  • Pertumbuhan ekonomi Australia bertumbuh dengan kadar perlahan berbanding jangkaan bagi suku tahun ketiga.
  • Berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Australia (ABS) gross domestic product (gdp) negara tersebut mencatat pertumbuhan 0.6% pada suku tahun ketiga. Namun bacaan ini sedikit rendah berbanding jangkaan penganalisis yang mensasarkan peningkatan sebanyak 0.7% dan lebih rendah daripada pertumbuhan suku tahun kedua yang mencatat bacaan 0.9%.

 

  • Pengukuhan NZD/USD pula dibantu oleh pemulihan data indeks GDT. Indeks ini meningkat 0.4% iaitu kenaikan pertama sejak 19 September.

Minyak

Harga minyak bercampur pada hari Rabu dalam sesi dagangan Eropah.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember jatuh sebanyak 0.16% kepada $57.53 setakat jam 4.40 p.m.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London naik kepada $62.89 setong setakat jam 4.40 p.m.

  • Kejatuhan ini disebabkan inventori minyak penyulingan di US meningkat, menyebabkan pasaran menafsirkan bahawa permintaan sedang melemah.
  • Selain itu ia juga didorong oleh laporan American Petroleum Institute (API) pada awal pagi ini, yang menunjukkan inventori minyak gasoline meningkat sebanyak 9.2 juta tong bagi minggu yang berakhir 1 Disember dan inventori minyak suling naik sebanyak 4.3 juta tong.

Emas

Harga emas meningkat namun berada di paras terendah 6 minggu lalu berikutan tumpuan pelabur pada kemajuan pelan reformasi cukai Trump.

Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex mencatat peningkatan sebanyak 0.46% pada Rabu kepada $1,279.80 setakat jam 4.40 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat