Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang Forex Menjelang Europe Open

59

Matawang-matawang Asia meneruskan pengukuhan pada Khamis berbanding US dolar, selepas Pengerusi Federal Reserve Janet Yellen memberikan komen yang kurang meyakinkan terhadap polisi monetari dan juga kebimbangan Fed terhadap perkembangan politik US di samping ketidaktentuan polisi fiskal.

Yen turut meneruskan kekuatan berbanding US dolar setakat pukul 2.39 pm dengan Usd/Jpy susut 0.16% kepada 112.97 dan jika dilihat dalam time-frame yang lebih besar Yen seperti membuat pemulihan daripada kejatuhan ke paras terendah beberapa bulan lalu.

Greenback juga merosot berbanding Won Korea sehingga 0.76% setakat pukul 2.43 pm. Manakala Baht Thailand juga mengukuh 0.05% berbanding dolar, manakala Ringgit Malaysia atau Myr/Usd menokok 0.21%.

Dalam testimoni pada Rabu, Yellen keseluruhannya boleh dikatakan berpendirian dovish yang menghantar US dolar dan hasil-bon ke paras terendah seterusnya menyokong pasaran saham Asia. Yellen mengatakan akan menjalankan pengurangan penyata imbangan The Fed tahun ini dan juga meneruskan perancangan kenaikan kadar faedah tetapi dengan jangka masa yang tidak jelas.

Beliau menegaskan ketidaktentuan utama dalam ekonomi ketika ini adalah inflasi di mana inflasi semakin lemah sejak beberapa bulan ini.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain berada di sekitar 95.30, susut 0.26% setakat pukul 2.53 pm.

Dalam perkembangan sama, Euro dan Pound masing-masing menokok 0.30% dan 0.27% berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat