Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang Forex Pasca Pilihanraya UK

104

US dolar mengukuh sejak dua tiga hari lepas terutamanya berbanding matawang Sterling dengan beberapa peristiwa (event) penting yang berisiko minggu ini. Selepas keterangan Comey di Kongres pada Khamis, US dolar terus mengukuh walaupun sederhana disebabkan pasaran telah pun menyerap (priced-in) testimoni bekas pengarah FBI itu pada Rabu.

Eur/Usd menyusut 0.27% kepada 1.1173 yang merupakan paras terendah sejak 31 Mei.

Matawang Euro bergerak lebih rendah selepas penetapan kadar ECB semalam di mana bank pusat mengekalkan polisi semasa dengan mengubah sedikit panduan di dalam kenyataan awal. Namun, apa yang lebih ‘dovish‘ adalah apabila bank pusat menurunkan ramalan inflasi sehingga tahun 2019.

Gbp/Usd hari ini sahaja telah jatuh sebanyak 1.68% ke paras terendah dua bulan lalu selepas Perdana Menteri Theresa May gagal mengekalkan majoriti, datu tindakan yang dilihat sebagai ‘berjudi’ apabila beliau memanggil pilihanraya mengejut sebelum ini. Untuk rekod, kali terakhir UK mengadalan pilihanraya umum adalah pada tahun 2015.

Kejatuhan matawang Gbp sudah dijangka oleh pasaran jika Konservatif gagal mengekalkan majoriti atau mendapat undian lebih rendah daripada sebelum ini.

Terdapat potensi desakan kepada Theresa May untuk meletakkan jawatan dengan rundingan Brexit hanya tinggal lagi 10 hari lagi. Namun, beliau sebentar tadi berkata tidak akan meletak jawatan.

Dalam perkembangan lain, Dolar Kanada dilihat mengukuh selepas data pekerjaan di negara tersebut dikeluarkan pukul 8.30 malam tadi. Kanada merekod tambahan 54,500 pekerjaan berbanding jangkaan 11,500, satu jumlah yang begitu besar dalam pasaran pekerjaan Kanada.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat