Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Ini

45

US dolar jatuh ke paras terendah lebih daripada setahun lalu berbanding matawang utama yang lain pada Selasa berikutan para pelabur semakin bimbang dengan keadaan sentimen jangka pendek.

The Fed hari ini memulakan mesyuarat yang akan berlangsung dua hari dengan jangkaan tiada perubahan kadar faedah. Pasaran ketika ini melihat potensi kenaikan kadar faedah pada Disember berada di bawah 50 peratus seperti yang dapat dilihat dalam CME Fedwatch.

“Saya rasa US dolar semakin terlebih jual (oversold),” kata penyelidik strategi Forex di CIBC, Jeremy Stretch.

“Dalam jangka pendek, untuk US dolar naik semula memerlukan data yang positif, bagi menyokong jangkaan kadar faedah dalam suasana ketiadaan pengembangan fiskal. Sebarang kenaikan US dolar dalam jangka pendek dilihat akan dijual semula,” kata beliau.

Pada Selasa, indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang utama yang lain berada di sekitar paras terendah Jun 2016 iaitu 93.65. Indeks ini telah jatuh sebanyak 4% sejak bulan lalu dan 8% sejak awal tahun ini.

Selain daripada mesyuarat Fed, pasaran juga akan memberi perhatian kepada data pertumbuhan ekonomi US yang akan dikeluarkan pada Jumaat.

EURUSD setakat ini telah mengukuh 0.16% pada Selasa dan didagang di sekitar 1.1679 yang telah menembusi paras harga signifikan 1.1500 minggu lalu.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat