Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Petang Ini

45

Matawang Gbp mencapai paras tertinggi hari ini berbanding US dolar pada Selasa selepas data harga pengguna mencatat bacaan positif. Harga pengguna (Consumer Price Index, CPI) dari segi tahunan mencapai paras tertinggi empat tahun lalu pada Mei.

Gbp/Usd mencapai 1.2717 yang merupakan paras tertinggi hari ini, naik 0.44% dan kini ia didagang di sekitar 1.2710 setakat pukul 6.10 petang.

Matawang Gbp mengalami kejatuhan mendadak minggu lalu dengan Gbp/Usd jatuh 1.76% setakat ini berikutan kehilangan majoriti oleh parti Theresa May dalam pilihanraya umum UK yang dijangka memberi risiko kepada rundingan Brexit.

Namun, Sterling mendapat sedikit kekuatan selepas mencapai paras support di mana spekulasi yang mengatakan keputusan pilihanraya memungkinkan untuk kita melihat pendirian UK yang lebih lembut terhadap Brexit.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain meleset 0.12% kepada 97.03.

Dengan kenaikan kadar faedah ketika ini telah diserap (priced-in) oleh pasaran, pelabur-pelabur akan meneliti tindakan The Fed selepas kenaikan pada Jun sama ada ia lebih hawkish atau sebaliknya.

Penganalisis ekonomi di Merryl Lynch, Michelle Meyer sebentar tadi berkata kepada CNBC bahawa bank pusat akan menaikkan kadarnya, tetapi akan menurunkan ramalan inflasi mereka. Menurunkan ramalan inflasi dilihat akan mengurangkan tindakan lebih pengetatan kadar faedah tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat