Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Petang Ini

36

Matawang GBP naik ke paras tertinggi sejak September tahun lalu berbanding US Dolar pada Khamis selepas data menunjukkan pengukuhan dalam aktiviti sektor perkhidmatan UK pada Jun.

GBPUSD pada Khamis mencapai paras tertinggi di 1.3267 dari paras terendah hari ini 1.3207.

Perniagaan baru di UK kekal kukuh di mana pengambilan pekerjaan semakin meningkat, namun jangkaan perniagaan masih lemah berikutan ketidaktentuan Brexit.

US dolar masih didagang stabil pada Khamis berbanding matawang-matawang utama yang lain dan masih berada di sekitar paras terendah 15 bulan-lalu. Pasaran ketika ini memberi tumpuan kepada data pekerjaan US yang akan dikeluarkan pada Jumaat.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang utama dunia yang lain bergerak di sekitar 92.78 selepas jatuh ke paras terendah sejak Mei 2016 di 92.41.

US dolar tertekan sejak akhir-akhir ini disebabkan oleh kombinasi risiko politik dan polisi di Amerika Syarikat. Selain itu, greenback juga mendapat kesan daripada kelemahan data-data penting yang menyebabkan pasaran melihat ketidaktentuan dalam kenaikan kadar faedah The Fed di masa akan datang.

Faktor pengukuhan matawang Euro dan Pound juga menekan kedudukan US dolar di dalam indeks tersebut. Euro banyak disokong oleh komen positif dalam pengurangan rangsangan monetari pada musim luruh di mana GBP pula mendapat dorongan oleh komen hawkish ahli bank pusat dan juga data infalsi yang terus positif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat