Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Sesi Asia

50

Yen meneruskan pengukuhan pada Rabu dan begitu juga dengan matawang-matawang utama yang lain apabila dibandingkan dengan US dolar berikutan kebimbangan politik di Amerika Syarikat sejak Selasa.

Risiko politik ini memberi kesan signifikan kepada US dolar dengan indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain berada di sekitar 95.36, merosot 0.14% setakat pukul 1.52 pm.

Minggu lalu US dolar mengukuh selepas data pekerjaan NFP menunjukkan tambahan 220,000 pekerjaan lebih daripada jangkaan 175,000 di mana bacaan pada April dan Mei meningkat selepas dikaji semula.

Hari ini, pasaran akan memberi tumpuan kepada keterangan Pengerusi The Fed Janet Yellen di Kongres US berkaitan dengan polisi dan perkembangan ekonomi semasa. Pemain pasaran akan cuba mendapatkan klu tentang perancangan bank pusat selepas ini.

Data-data penting dari US seperti jualan runcit dan inflasi akan dikeluarkan pada Jumaat, manakala data perdagangan China akan dikeluarkan pada Khamis.

Usd/Jpy setakat ini telah melemah 0.39% dan setakat ini berada di sekitar 113.50 dengan hasil bon 10 tahun-US juga menyusut 0.59% setakat pukul 2.02 pm.

Dalam perkembangan lain, pasaran minyak mentah global ada membuat sedikit pemulihan hari ini selepas data inventori yang dikeluarkan oleh API berkurangan 8.1 juta tong minggu lalu. Brent dan WTI ketika ini masing-masing mengukuh 1.56% dan 1.82%.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat