Pergerakan Pasif Pasaran Forex Untuk Permulaan Minggu Ini Dengan Jepun Bercuti Sempena ‘Golden Week’.

692

Pasaran matawang hari ini didagangkan agak tenang pada awal minggu ini dengan Dolar AS sedikit lebih rendah berbanding matawang utama yang lain tetapi naik berbanding Yen berikutan pasaran Jepun ditutup dan akan berlangsung selama seminggu untuk cuti “Golden Week” yang mempunyai kesan lembap terhadap kecairan Asia.

Setiausaha Perbendaharaan A.S., Steven Mnuchin berkata mengenai rundingan perdagangan Amerika Syarikat-China bahawa mereka kini berada pada pusingan akhir perbincangan.

Pasangan EURUSD hari ini menurun dari paras tertinggi semalam selepas data zon Eropah dicatatkan lebih lemah daripada jangkaan pasaran. Sentimen ekonomi, iklim perniagaan, keyakinan industri dan petunjuk keyakinan pengguna semuanya hadir lebih lemah daripada unjuran pasaran pada bulan April.

Beralih kepada matawang Pound pula, matawang ini didagangkan sekitar paras terendah sejak 15 Februari atas faktor ketidakpastian Brexit. Meskipun Kesatuan Eropah menunda Brexit hingga 31 Oktober namun masalah politik British masih membebani sentimen pasaran sekaligus menutup data-data ekonomi UK yang cukup positif.

Dalam perkembangan komoditi pula, harga minyak mentah global melanjutkan kelemahannya selepas Presiden Donald Trump mengutarakan bahawa ia telah menggesa OPEC agar menurunkan harga minyak mentah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat