Pergerakan Semasa Major Pair Pada Awal Pembukaan Sesi New York

561

US dollar masih lagi lemah setakat pada awal pembukaan pasaran New York pada Rabu. Hanya satu data penting yang dikeluarkan pada Rabu iaitu data harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat yang bercampur-campur. Data tersebut dilihat tidak memberikan satu arah yang jelas kepada pergerakan US dollar dengan pasaran ketika ini dalam keadaan Risk-Off.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding enam matawang yang lain susut 0.12% setakat pada pukul 9.57 malam.

Matawang paling kuat ketika ini adalah Yen yang mendapat permintaan disebabkan risiko geopolitik antara Amerika-Rusia. Euro boleh dikatakan matawang kedua terkuat. Matawang paling lemah pula adalah AUD setakat pada pukul 10 malam.

Pergerakan pasaran pada sesi awal sesi Eropah sehinggalah sekarang lebih banyak dipengaruhi oleh komen Trump terhadap Rusia. Trump memberi amaran kepada Rusia bahawa peluru berpandu akan datang ke Syria sebagai respon kepada pihak Rusia yang mengancam untuk menembak jatuh sebarang peluru berpandu yang masuk ke Syria.

EUR/USD setakat ini naik 0.15%, GBP/USD naik 0.18% dengan USD/CAD naik 0.05%. USD/JPY pula jatuh 0.28%. Bagi pasangan AUD/JPY pula iaitu gabungan matawang kuat dan lemah setakat ini menunjukkan kejatuhan sehingga 0.40% setakat pada pukul 10.04 malam.

Pasaran Wallstreet juga dibuka rendah sebentar tadi dengan risiko yang menyelubungi pasaran. Pelabur dan pedagang bimbang dengan ketegangan antara Amerika dan Rusia, jika ia berlarutan dan menjadi tidak terkawal. Namun, buat masa ini tiada tanda kedua-dua negara akan meneruskan ketegangan di mana pelabur masih berharap ia akan berakhir di meja rundingan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat