Pergerakan Semasa Pasaran Forex Menjelang London Open Hari Rabu

695

Tidak banyak pemangkin baru yang menggerakkan pasaran pada sesi Asia hari Rabu dan pasaran dijangka kekal dipengaruhi oleh berita-berita dalam sesi New York hari Selasa.

Penganalisis melihat perjanjian dua-hala (bilateral) ASMexico dijangka memberi kesan positif kepada Kanada. Pasaran berharap Menter Luar Kanada Chrystia Freeland dan kumpulan perundingnya dapat merundingkan isu perdagangan dengan AS berbanding daripada terjebak dalam perang tariff dengan ekonomi terbesar dunia itu.

Terdapat berita positif dari Kanada yang menunjukkan kesudian untuk membuka lebih banyak akses kepada pasaran tenusu. Kanada juga berkemungkinan akan melonggarkan undang-undang harta inteleknya.

Namun, Presiden Trump mahu Kanada menandatangani perjanjian selewatnya pada Jumaat atau Amerika Syarikat akan meninggalkan perjanjian NAFTA. Jika ini terjadi, AS hanya akan bekerjasama dengan Mexico dan akan mengenakan tariff terhadap produk import automobil dari Kanada.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain setakat ini membuat kenaikan sebanyak 0.05% setakat pada pukul 2 petang.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini didagang menurun 0.15%, di mana GBP/USD merekodkan kejatuhan 0.12%. USD/JPY susut 0.02%, manakala USD/CAD pula jatuh 0.07%. USD/CHF membuat kenaikan 0.07%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merosot 0.38% dan 0.10% setakat ini.

Matawang terkuat setakat ini adalah CAD, manakala matawang paling lemah pula AUD. Dengan menggabungkan kedua-dua matawang, pair AUD/CAD menjadi pasangan matawang paling banyak berubah dengan membuat kejatuhan 0.50%.

Amerika Syarikat dan Kanada hanya ada tiga hari sahaja lagi untuk bekerjasama menghasilkan persetujuan. Namun, perkembangan semasa dilihat agak meyakinkan pasaran terhadap perjanjian AS-Kanada.

Sentimen pasaran secara keseluruhan dilihat positif dengan peningkatan berterusan pasaran saham Wallstreet pada Isnin dan Selasa.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat