Pergerakan Semasa Pasaran Forex Menjelang Pembukaan Pasaran Eropah

664

US dolar sedikit melemah menjelang penetapan polisi monetari The Fed dan sidang media pengerusi baru Fed Jerome Powell pada awal pagi Khamis. Pasaran juga yakin dengan jangkaan sekurang-kurangnya tiga kali kenaikan kadar faedah tahun ini.

Indeks US dolar membuat sedikit penurunan terhadap enam matawang utama sebanyak 0.17% dan mencapai paras harga 89.86 setakat pada pukul 2 petang. US dolar meneruskan penurunan tahun lalu sehinggalah pada awal 2018 tetapi berkemungkinan matawang ini mendapat sokongan daripada mesyuarat FOMC yang dijangka akan mengukuhkan lagi pengetatan polisi monetari.

Sementara The Fed bersedia untuk meningkatkan kadar faedah pada minggu ini, kebanyakan bank pusat Asia dilihat tidak mengikuti jejak langkah tersebut. Bank pusat China dan Jepun tidak banyak melihat sebab untuk menaikkan kadar faedah. Reserve Bank of Australia (RBA) dalam minit mesyuaratnya pada Selasa menunjukkan tiada niat di pihak bank pusat untuk mengubah polisi.

Pair USD/JPY menyusut sebanyak 0.12% ke paras harga 106.42 setakat pada kulul 2.20 petang. US dolar lemah berbanding matawang Yen pada tahun ini walaupun jangkaan kenaikan kadar Fed antara tiga kali ke empat kali pada tahun ini.

Pair AUD/USD meningkat sebanyak 0.12% ke paras harga 0.7698 setakat ini. RBA akan terus berhati-hati terhadap pengukuhan AUD yang boleh menghalang untuk mencapai sasaran inflasi 2%. RBA juga optimis kepada pertumbuhan KDNK pada tahun 2018 yang mampu melebihi sasaran.

Pentadbiran Trump dijangka mengumumkan tariff baru kepada China pada hari Jumaat dimana tariff itu boleh mencecah $60 bilion. Pelabur kini agak sensitif kepada hubungan antara US dan China sama ada tariff baru tersebut boleh mencetuskan perang perdagangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat