Pergerakan Semasa Pasaran Forex Pada Awal London Open

450

Kejatuhan matawang Lira (Turki) dan Yuan yang berterusan menambah lagi risiko dalam pasaran dan menyebabkan matawang pulangan tinggi (higher yielding) membuat penurunan.

US dollar didagangkan di paras tertinggi 13 bulan yang lalu berbanding beberapa matawang utama yang lain pada Rabu dengan pasaran masih bimbang dengan krisis antara Turki-Amerika.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain setakat ini membuat kenaikan 0.04% setakat pada pukul 4.10 petang.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan sebanyak 0.25%, di mana GBP/USD merekodkan penurunan 0.13%. USD/JPY setakat ini membuat kenaikan 0.08%, USD/CAD didagangkan menaik 0.15%. USD/CHF pula didagang meningkat 0.35%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan penurunan 0.26% dan 0.41%.

Matawang paling kuat setakat ini adalah US dollar, manakala matawang paling lemah adalah NZD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair NZD/USD merekodkan kejatuhan sehingga 0.41% setakat ini.

Pasaran dilihat sebagai berisiko dengan pasaran saham Asia secara keseluruhan merekodkan penurunan pada Rabu. Indeks utama di China dan Jepun merekodkan kejatuhan, walaupun indeks di Australia dan New Zealand ditutup positif.

Pasaran Eropah ketika ini juga didagangkan sedikit positif berikutan kebimbangan pasaran dengan sentimen semasa.

Tumpuan pasaran pada hari ini akan terarah kepada data inflasi (CPI) UK yang akan dikeluarkan pada pukul 4.30 petang. Sesi New York pada Rabu pula pasaran akan tertumpu kepada data jualan runcit Amerika Syarikat pada pukul 8.30 malam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat