Pergerakan Semasa Pasaran Forex Setakat Pada Awal Sesi Eropah

323

Dagangan dalam pasaran tukaran matawang (forex) pada sesi Asia hari Jumaat agak bercampur-campur dengan pasaran sedang menunggu apa yang akan diperkatakan oleh Jerome Powell (Pengerusi Fed) dalam pembukaan simposium Jackson Holes hari ini.

Antara yang menjadi perhatian pada sesi Asia ialah Perdana Menteri baru Australia. Parti pemerintah (Liberal Party) mengundi pemimpin baru sekaligus mengakhiri krisis politik yang telah berlangsung seminggu di Australia.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain setakat ini membuat penurunan sebanyak 0.23% setakat pada pukul 3.14 petang.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini didagang menaik 0.23%, di mana GBP/USD merekodkan kenaikan 0.16%. USD/JPY pula naik 0.04%, USD/CAD dengan pula merosot 0.01% selepas membuat kenaikan pagi tadi. USD/CHF pula susut 0.01%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan penurunan 0.47% dan 0.15% setakat ini.

Matawang paling kuat setakat ini adalah AUD, manakala matawang paling lemah adalah Yen. Dengan menggabungkan kedua-duannya pair AUD/JPY adalah pasangan matawang yang paling banyak membuat perubahan setakat pada hari Jumaat dengan kenaikan 0.53%.

Setakat ini tiada pemangkin pasaran yang penting pada Jumaat, oleh itu tumpuan akan beralih kepada ucapan Powell hari ini. Penganalisis berpendapat apa yang perlu diteliti adalah komen beliau tentang kebebasan bank pusat dalam penggubalan dasar selepas kritikan yang dibuat oleh Presiden Trump terhadap kenaikan kadar faedah.

Untuk pengetahuan anda, rundingan peringkat bawahan antara AS-China yang berlangsung selama dua hari telah berakhir dengan tiada keputusan penting yang dicapai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat