Pergerakan Semasa Pasaran Forex Setakat Pada Awal Sesi New York

564

Matawang US dollar jatuh ke paras terendah sebulan yang lalu berbanding matawang utama yang lain pada Isnin. Sentimen terhadap perang perdagangan ketika ini semakin reda dengan laporan bahawa China berusaha untuk berunding dengan Amerika Syarikat.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain susut 0.45% setakat pada pukul 9.58 malam. Indeks ini juga semakin menghampiri paras terendah yang pernah dicapai pada 16 Februari lalu.

Wall Street Journal melaporkan pada Isnin bahawa Beijing dan Washington dalam rundingan untuk meningkatkan akses Amerika Syarikat ke atas pasaran China. Berita positif ini timbul selepas seminggu kedua-dua negara mengancam untuk mengenakan tariff import antara satu sama lain.

Laporan ini mengurangkan kebimbangan terhadap perang perdagangan yang memburukkan sentimen pasaran sejak beberapa minggu yang lalu.

Pair EUR/USD ketika ini naik 0.70% dengan USD/JPY susut sebanyak 0.46%.

Pengukuhan matawang Euro dilihat apabila matawang tunggal dilonjakkan oleh berita bahawa Jens Weidmann yang dikatakan sebagai calon yang akan menjadi Presiden ECB menggantikan Mario Draghi memberikan komen yang agak hawkish pada Isnin.

Walaupun US dolar secara keseluruhan sedang melemah, tetapi USD/JPY ketika ini sedang mengukuh disebabkan kelemahan matawang Yen berikutan sentimen yang sedikit baik pada Isnin.

Matawang Pound (GBP) pula seakan meneruskan kenaikan yang dicatat pada minggu lalu. GBP/USD ketika ini naik sehingga 0.52%.

AUD/USD pula naik 0.47% dan NZD/USD naik sehingga 0.82% setakat pada pukul 10.11 malam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat