Pergerakan Semasa Pasaran Forex Setakat Pada Petang Ini

619

US dollar bergerak lebih tinggi pada Rabu dengan kenaikan pasaran Wallstreet pada Selasa melonjakkan sentimen pasaran. Tumpuan pasaran ketika ini akan terarah kepada minit mesyuarat FOMC yang akan dikeluarkan pada pukul 2 pagi nanti.

“US dollar pada tahun ini banyak menguat apabila dihubungkaitkan dengan risk-appetite, namun sejak beberapa hari lepas kita melihat hubungan ini agak lemah yang menunjukkan pasaran memerlukan lebih banyak data ekonomi untuk menolak US dollar lebih tinggi,” demikian kata Manuel Oliveri strategist tukaran matawang di Credit Agricole London.

Ketiga-tiga indeks utama di Wallstreet naik mendadak sehingga lebih dari dua peratus pada Selasa selepas pengumuman pendapatan beberapa syarikat yang memberangsangkan. Hal ini menunjukkan ekonomi Amerika Syarikat terus berkembang walaupun dengan dasar monetari yang semakin ketat.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain membuat kenaikan 0.15% setakat pada pukul 5.44 petang.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan 0.09%, di mana GBP/USD didagang meleset 0.30%. USD/JPY pula jatuh 0.05%, dengan USD/CAD didagang 0.15% lebih tinggi. USD/CHF pula didagang meningkat 0.11%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing mencatat kenaikan 0.08% dan 0.17% setakat ini.

Antara dataa penting yang dikeluarkan pada Rabu adalah data inflasi CPI UK sekitar pukul 4.30 petang tadi. Bacaan inflasi kurang memberangsangkan sekaligus telah menekan matawang GBP lebih rendah.

Inflasi CPI hanya meningkat 2.40% pada bulan September meleset daripada jangkaan pasaran 2.6%. Sebelum ini data yang direkodkan lebih tinggi iaitu 2.7%.

Sebelum data ini dikeluarkan, GBP telah tertekan dengan perhatian pasaran ketika ini kepada perkembangan rundingan Brexit. Perdana Menteri Theresa May akan bertemu dengan pemimpin EU pada hari ini dalam perhimpunan tahunan yang berlangsung.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat