Pergerakan Semasa Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Ini

50

US dolar bergerak rendah hari ini selepas memulih dalam sesi dagangan Khamis. Berbanding matawang-matawang Asia, US dolar mengukuh semula pada Jumaat dengan pasaran memberi perhatian kepada data inflasi US malam ini.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain susut 0.12% kepada 95.46 dengan Eur/Usd dilihat mengukuh 0.15% setakat ini pada pukul 2.52 pm.

Berbanding Aussie (AUD), US dolar jatuh sehingga 0.28% kepada 0.7752 setakat ini. Aussie biasanya dilihat cenderung bergerak mengikuti pergerakan Yuan di mana Australia juga adalah pengeksport terbesar komoditi ke China seperti biji besi dan kuprum.

Yen pula bergerak lebih rendah berbanding US dolar dalam sesi awal Asia dan ketika ini mencapai paras harga pembukaan di 113.26. Usd/Jpy setakat ini hampir tidak berubah.

Ringgit Malaysia adalah salah satu matawang negara baru membangun (emerging market) yang paling banyak mengukuh dengan signifikan berbanding US dolar sejak beberapa bulan lalu. Usd/Myr naik 0.07% setakat pukul 10 pagi tadi dan kini berada di sekitar 4.2925. Ringgit menjadi fokus berikutan pergerakan yang sensitif terhadap US dolar dan juga pernah mencapai paras terendah 20 tahun lalu awal tahun ini.

Gbp/Usd dilihat meneruskan pengukuhan pada hari ketiga berturut-turut pada Jumaat yang juga banyak disokong oleh ura-ura pengetatan polisi beberapa bulan akan datang, walaupun jangkaan masih negatif dengan ekonomi yang diselubungi ketidaktentuan politik dan polisi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat