Pergerakan Semasa Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Ini

70

US dolar sekali lagi berhadapan dengan kerugian minggu ini apabila meneruskan kejatuhan dari paras terendah 10-bulan lalu dengan EURUSD semakin menghampiri pars tertinggi dua tahun lepas.

Pengukuhan Euro banyak disokong oleh komen-komen Mario Draghi dalam sidang media ECB pada Khamis dan juga faktor risiko politik Trump.

USDJPY ketika ini telah susut 0.17% kepada 111.74 setakat pukul 2.46 pm dengan EURUSD naik 0.29% kepada 1.1665. Matawang Euro kini mengukuh hampir 200 pip dari paras terendah Khamis 1.1478.

Di antara matawang utama, Aussie dolar adalah satu-satunya yang melemah berbanding US dolar dan kejatuhan AUDUSD jelas dilihat pada pukul 9 pagi tadi. Hal ini disebabkan oleh komen dovish pegawai Reserve Bank of Australia (RBA).

“Kadar polisi di Australia tidak perlu jatuh ke paras terendah seperti yang dilihat di negara lain, hakikat yang menunjukkan bank pusat yang lain menaikkan kadar faedah mereka tidaklah secara automatik bermaksud kadar faedah di sini juga harus dinaikkan,” Timbalan Gabenor RBA Guy Dabelle.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang utama yang lain jatuh 0.23% hari ini setakat 2.53 pm, yang banyak ditekan oleh matawang Euro sebagai pemberat paling tinggi di dalam indeks.

Pengerusi The Fed Janet Yellen memberi komen yang berhati-hati dalam testimoninya di Kongres minggu lalu, ditambah lagi dengan data inflasi yang mengecewakan memberi kesan kepada jangkaan kenaikan kadar faedah di masa hadapan.

“Apabila dilihat kepada USDJPY, The Fed dilihat dalam keadaan yang akan menaikkan kadar faedah, dan Bank of Japan berkata semalam dalam mesyuaratnya bahawa akan meneruskan mandat untuk mencapai inflasi dua peratus,” kata Bart Wakabayashi pengurus State Street Bank di Tokyo.

“Jadi, saya jangka US dolar akan terus mengukuh berbanding Yen ketika ini, dan maklumat yang ada ini akan mengurangkan kerugian US dolar,” tambah beliau.

 

Risiko Politik Terbaru Presiden Trump, US Dolar Menjunam

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat