Pergerakan Semasa Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Ini

67

Indek US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang utama yang lain meningkat sedikit daripada paras 13 bulan terendah.

The Fed dijangka akan mengekalkan kadar faedahnya pada laporan akhir FOMC pagi esok. Laporan FOMC esok penting kepada para pelabur untuk mendapatkan isyarat arah tuju bank pusat dalam pengetatan polisi monetari sedia ada dan juga kesediaan bank pusat meningkatkan kadar faedah tahun ini.

Tumpuan juga diberi terhadap ramalan pengecillan penyata imbangan oleh bank pusat pada bulan September ini, kata Stephen Innes, Ketua Perdagangan OANDA Asia-Pasific di Singapura.

Tambah beliau, sebarang kenyataan dovish yang bakal di keluarkan oleh the Fed di jangka tidak akan memberi impak yang besar terhadap kekuatan greenback.

Semalam, indeks US dolar telah jatuh ke paras 93.638, paras terendah sejak Jun 2016. Namun begitu, pada pasaran Asia hari ini, dolar US dapat mengekalkan kekuatannya berbanding Yen apabila paras matawang USDJPY hanya bergerak pada julat kecil dan berada pada paras 111.89 yen setakat jam 12:30 pm selepas kenaikan 0.7% semalam.

“US Dolar dijangka akan stabil dalam jangka masa pendek”, kata Heng Koon How, ketua strategi pasaran United Overseas Bank di Singapura berikutan peningkatan hasil bon US pada sesi pasaran sebelum ini.

Hasil bon 10-tahun US berada pada 2.322% hari ini, sedikit menurun daripada penutupan semalam, namun masih lebih tinggi daripada penutupan 3 minggu sebelum ini yang berada pada paras terendah 2.225%.

Matawang euro kekal pada paras $1.1647 hari ini selepas naik ke paras $1.17125 semalam. Kenaikan di sokong oleh data positif perniagaan Jerman dan paling tinggi sejak Ogos 2015 pada awal sesi Eropah, namun jatuh berbanding US dolar dalam awal pembukaan pasaran US.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat