Pergerakan Semasa Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat London Open

72

US dolar bergerak lebih tinggi pada Jumaat berbanding matawang major yang lain, memulih dari kejatuhan sesi sebelum ini dan pasaran akan menumpukan kepada data pekerjaan NFP 8.30 pm bagi melihat keadaan pasaran pekerjaan semasa.

US dolar melemah selepas laporan data ADP yang dikeluarkan 8.15 pm pada Khamis apabila hanya 158,000 pekerjaan swasta ditambah pada Jun yang jauh dari jangkaan pasaran.

Jumlah tuntutan pengangguran pula meningkat sebanyak 4,000 minggu lalu kepada 248,000 memberi sedikit kebimbangan kepada data NFP malam ini.

Tumpuan minggu ini juga terarah kepada laporan minit mesyuarat The Fed pada lewat sesi Rabu yang agak mengecewakan kerana tiada klu yang jelas tentang perjalanan kenaikan kadar faedah bank pusat di masa hadapan.

The Fed menaikkan kadar faedahnya pada mesyuarat Jun dan hanya meramalkan satu lagi kenaikan kadar tahun ini dan tiga kenaikan pada 2018, tetapi inflasi yang dilihat lemah memberi sedikit keraguan kepada pasaran terhadap kemampuan bank pusat menaikkan kadarnya.

Eur/Usd melonjak hampir 100 pip pada sesi Khamis, dan kini susut 0.09% setakat pukul 2.54 pm.

Matawang tunggal euro ini mengukuh disokong oleh laporan minit mesyuarat ECB yang dikeluarkan 7.15 pm pada Khamis. Minit menunjukkan ahli-ahli ECB membincangkan pengurangan kecenderungan pelonggaran yang membuka sedikit potensi pengetatan polisi di masa akan datang.

Gbp/Usd pula susut 0.12% kepada1.2954 setakat ini, dengan pasaran akan menumpukan kepada laporan sektor pembuatan hari ini.

Usd/Jpy pula naik 0.49% kepada 113.78 setakat ini tertinggi sejak 16 Mei.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain menguat 0.16% kepada 95.72 setakat pukul 3 pm.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat