Pergerakan Semasa Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Malam Ini

40

US dolar menjunam ke paras terendah 13-bulan lalu berbanding matawang utama dunia yang lain pada Khamis berikutan kebimbangan yang berterusan terhadap perkembangan politik US.

Di samping itu, US dolar juga tertekan dengan pengukuhan euro selepas sidang media Draghi yang menunjukkan ECB akan membincangkan pengurangan pelonggaran polisi pada musim luruh.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang utama yang lain jatuh 0.27% kepada 93.85 setakat ini pada pukul 10.48 pm.

Para pelabur ketika ini sedang mengikuti secara rapat perkembangan politik di US selepas laporan yang mengatakan ‘Special Counsel‘ Robert Mueller merancang untuk menyiasat Trump secara lebih menyeluruh.

Dalam masa yang sama, pengukuhan euro turut menekan US dolar dengan jangkaan kepada pengurangan pelonggran polisi yang semakin meningkat.

Pembuat polisi ketika ini melihat Oktober sebagai tarikh yang sesuai untuk membincangkan tentang masa depan program pembelian aset yang akan berakhir pada Disember.

Matawang tunggal ini juga merekod kenaikan berbanding Pound pada Jumaat, dengan EURGBP telah mencapai paras tertinggi lapan-bulan lalu di paras 0.8991.

Walaubagaimanapun, Pound berjaya mengukuh berbanding US dolar dengan GBPUSD naik 0.11% setakat pukul 10.57 pm kepada 1.2986.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat