Pergerakan Semasa Pembukaan Pasaran Ekuiti Eropah, FTSE250 Naik 0.35%

37

Pasaran saham Eropah dibuka bercampur-campur pada Rabu berikutan pasaran mengikuti perkembangan risiko geopolitik yang dicetuskan oleh Korea Utara.

Dalam pembukaan pasaran Eropah sebentar tadi, EURO STOXX 50 meleset 0.30%, di Perancis CAC 40 susut 0.05%, manakala di Jerman DAX 30 dibuka lebih tinggi 0.11%.

Pelabur dilihat berhati-hati berikutan tindakan Korea Utara pada Selasa yang menyasarkan ujian peluru berpandu ke kawasan perairan Jepun. Ujian tersebut dibuat menjelang perhimpunan negara-negara G-20 dan pada hari kemerdekaan Amerika Syarikat.

Kaunter kewangan bercampur-campur dengan BNP Paribas susut 0.09% dan Sociate Generale naik 0.49% di Perancis, manakala Deutsche Bank di Jerman dan Commerzbank masing-masing untung 0.43% dan 1.45%.

Di Itali, Intesa Sanpolo dan Unicredit naik 0.23% dan 1.79%, dalam masa yang sama BBVA naik 0.04% dan Banco Santander susut 0.22% di Spanyol.

Dalam situasi berasingan, Suruhanjaya Eropah (European Commission) meluluskan bantuan 5.4 billion Euro kepada Monte Dei Paschi di Siena pada Selasa.

Saham Thyssenkrupp meningkat 1.04% selepas syarikat Jerman itu memberikan komen optimis terhadap perkembangan Tata Steel untuk menstrukturkan semula liabiliti dalam dana pencen UK, tetapi ada beberapa isu yang masih perlu diselesaikan untuk kedua-dua syarikat bergabung.

Di London FTSE 100 susut 0.035 pada pembukaan sebentar tadi dan kini naik 0.35% setakat pukul 3.46 pm.

Dalam pasaran ekuiti US, menunjukkan prestasi bercampur-campur. Pasaran hadapan DJIA (Dow Jones Industrial Average future) susut 0.05%, S&P future ketika ini naik 0.15%, manakala Nasdaq future naik 0.02% setakat pukul 3.50 pm.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat