Pergerakan Suram Emas Cerminkan Kewaspadaan Pelabur

383

Harga emas sedikit susut ketika US dolar mula mendaki, dengan para pelabur terus berhati-hati menjelang penerbitan data inflasi Amerika Syarikat pada sesi New York hari ini.

Bagaimanapun, kenaikan yang dicatatkan US dolar tidak ketara dan masih didagangkan di sekitar paras harga yang sama.

Memasuki sesi Eropah, logam berharga itu susut sekitar $1,883 per auns, semakin jauh dari paras tertinggi lima bulan yang dicapainya sebelum ini. Sementara niaga hadapan emas pula didagangkan pada $1,885 per auns.

Hasil perbendaharaan AS 10 tahun susut di bawah tahap 1.50% untuk pertama kali dalam tempoh sebulan, dibantu oleh lelongan bon yang kuat.

Harga emas melonjak sedikit susulan penyusutan itu, sebelum kembali mencatatkan kerugian lebih rendah.

Data inflasi pada bulan Mei telah menjadi perhatian utama pasaran, setelah laporan bulan lalu menunjukkan harga pengguna meningkat paling tinggi dalam tempoh 12 tahun pada April.

Pasaran akan mengambil petunjuk dari penerbitan data ini bagi menilai lebih lanjut sama ada Federal Reserve (Fed) akan mempertimbangkan langkah untuk mula mengetatkan dasar monetari.

Namun, pembacaan data pekerjaan NFP AS baru-baru ini yang lebih lemah daripada jangkaan, mungkin akan menyebabkan Fed tetap dengan dasar monetarinya yang longgar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat