Pergerakan Terkini Pasaran Forex Pada Awal London Open

573

US dollar tidak banyak berubah pada sesi dagangan hari Jumaat, manakala Yuan (offshore) pula merekodkan kenaikan terbesar dalam sehari sejak Januari 2017 pada Khamis selepas tersebarnya berita rundingan AS-China pada bulan ini.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain setakat ini membuat penurunan sebanyak 0.15% setakat pada pukul 2.39 petang.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan sebanyak 0.11%, di mana GBP/USD merekodkan kenaikan 0.20%. USD/JPY pula membuat penurunan 0.14%, USD/CAD didagangkan menurun 0.13%. USD/CHF pula jatuh 0.04%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan kenaikan 0.17% dan 0.09% setakat ini.

Sentimen pasaran menjadi semakin baik apabila terdapat laporan bahawa pegawai AS dan China akan menyambung rundingan perdagangan pada minggu depan. Larry Kudlow penasihat ekonomi White House pula memberi amaran kepada China bahawa Amerika akan cuba mendapatkan perjanjian yang baik.

Philip Lowe, Gabenor Reserve Bank of Australia (RBA) satu-satunya event ekonomi pada sesi Asia di mana beliau memberikan komen dovish. Beliau juga berkata kejatuhan kepada nilai matawang (AUD) secara sederhana akan membantu ekonomi Australia yang banyak bergantung kepada eksport.

Dalam perkembangan lain, China destinasi eksport terbesar Australia melemahkan nilai Yuan pada paras 6.8946 berbanding 6.8896 berbanding US dollar pada pagi tadi.

Dengan perkembangan positif dalam pasaran ketika ini, matawang safe-haven Yen dan Swissy tertekan pada sesi Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat