Pergerakan Terkini Pasaran Forex Pada Awal New York Open

438

US dollar jatuh lebih rendah daripada paras tertinggi empat bulan yang lalu berbanding beberapa matawang yang lain pada Khamis dengan Hasil Bon 10 Tahun kerajaan AS juga telah jatuh di bawah paras 3.0%.

Hasil-Bon 10-Tahun Kerajaan AS (US10-year Treasury Yields) berjaya mencapai parasa tertinggi 3.035% pada Rabu dan kini jatuh ke paras di bawah 3.0% sekaligus menyebabkan US dollar tertekan. Kenaikan hasil-bon menunjukkan prospek kadar faedah The Fed yang lebih tinggi di masa akan datang. Jangkaan ini pula menyebabkan permintaan terhadap US dollar semakin meningkat.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain membuat penurunan 0.13% setakat pada pukul 9.19 malam.

Major pair EUR/USD naik 0.22% dengan GBP/USD naik 0.38%. USD/JPY pula jatuh 0.26%, USD/CAD jatuh 0.02% dan USD/CHF naik 0.01%. AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan kenaikan 0.21% dan jatuh 0.27% setakat ini.

Matawang paling kuat setakat ini adalah GBP dan NZD, manakala matawang yang paling lemah adalah CHF. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair GBP/CHF naik sebanyak 0.40% setakat ini dengan NZD/CHF naik 0.31%.

Tumpuan hari ini tertumpu kepada penetapan polisi monetari ECB di mana bank pusat mengekalkan polisi seperti yang dijangka. Tiada perubahan kepada kenyataan awal polisi dengan reaksi pasaran yang terhad pada pukul 7.45 malam tadi. Pasaran kini tertumpu kepada sidang media Mario Draghi yang bermula sejak pukul 8.30 malam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat