Pergerakan Terkini Pasaran Forex Pada Awal Sesi New York

312

Matawang US dollar meneruskan kenaikannya ke arah paras tertinggi enam bulan yang lalu berbanding beberapa matawang utama yang lain. Peningkatan US dollar pada minggu ini banyak dipacu oleh kenaikan Hasil-Bon Amerika Syarikat yang merekodkan kenaikan empat hari berturut-turut sehingga Khamis.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain naik 0.27% setakat pada pukul 10 malam.

Major pair EUR/USD membuat penurunan sebanyak 0.27% dengan GBP/USD susut sebanyak 0.38%. USD/JPY pula naik 0.11%, USD/CAD naik 0.71% dengan USD/CHF susut 0.18%. AUD/USD pula jatuh 0.15% dengan NZD/USD rekod kenaikan 0.38%.

Matawang paling kuat setakat ini adalah NZD, manakala matawang paling lemah adalah CAD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair NZD/CAD naik sebanyak 1.08% setakat pada pukul 10.20 malam.

Matawang CAD menjadi matawang paling lemah pada Jumaat selepas pengumuman data inflasi CPI pada pukul 8.30 malam. Data inflasi-teras (Core-CPI) mencatat kemerosotan sebanyak 0.2% berbanding jangkaan kenaikan 0.5%. Ia adalah satu bacaan yang jauh meleset sekaligus mengurangkan potensi kenaikan kadar faedah Bank of Canada (BoC) di masa hadapan.

Sebagai matawang komoditi, NZD adalah antara matawang yang paling banyak merekodkan kenaikan pada Jumaat dengan momentum kenaikan US dollar sedikit terhalang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat