Pergerakan Terkini Pasaran Forex Pada Awal Sesi New York

508

Matawang US dollar meningkat hampir ke paras tertinggi enam bulan yang lalu berbanding beberapa matawang utama yang lain.  Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain naik 0.25% setakat pada pukul 9.21 malam.

Major pair EUR/USD membuat penurunan yang agak banyak dengan kejatuhan 0.46%. GBP/USD susut 0.22%. USD/JPY pula jatuh 0.23%, USD/CAD jatuh 0.31% dan USD/CHF jatuh 0.11%. AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan kenaikan 0.35% dan 0.48% setakat ini.

Matawang paling kuat setakat ini adalah NZD, manakala matawang paling lemah adalah Euro. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair EUR/NZD jatuh sehingga 0.91%.

Pengukuhan US dollar ketika ini telah memberi tekanan kepada matawang Euro, sehingga menyebabkan ia menjadi matawang yang paling lemah. Pair EUR/USD ketika ini didagangkan di sekitar paras 1.1800 selepas jatuh hampir 100 pip dari paras tertinggi hari ini.

US dollar terus disokong oleh kenaikan pasaran bon Amerika Syarikat dengan Hasil-Bon 10-tahun akhirnya berjaya menembusi paras 3.0% dengan lebih meyakinkan. Ini dilihat telah membuka jalan kepada kenaikan kadar faedah yang lebih tinggi di masa akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat