Pergerakan Terkini Pasaran Forex Setakat Pada Awal Sesi New York

740

US dollar melemah pada awal dagangan minggu ini dengan Trump terus memainkan sentimen perdagangan AS-CHINA.

Walaupun dengan komeh terbaru di Twitter beliau, Yen kekal lemah setakat pada pukul 10.12 malam. Yen kekal lemah berbanding matawang-matawang utama yang lain menunjukkan sentimen yang beransur pulih.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain susut 0.22% setakat ini. EUR/USD naik 0.31%, GBP/USD naik 0.39%, USD/JPY naik 0.06% manakala USD/CHF dan USD/CAD masing-masing membuat penurunan.

Trump mengatakan di dalam Twitter sebentar tadi bahawa apabila AS mengimport kereta dari China tariff adalah 2.5%, tetapi apabila China mengimport kereta dari AS tariff pula adalah 25%. Trump mempersoalkan perkara ini dan bertanya adakah ini perdagangan yang adil seterusnya menjawab sendiri bahawa ia adalah ‘Stupid Trade’ yang telah berlaku sejak bertahun yang lalu.

Setakat pada pukul 10.20 malam, matawang paling lemah adalah Yen yang masih tidak mendapat permintaan disebabkan sentimen yang beransur pulih sejak minggu lalu.

Matawang paling kuat pula adalah Kiwi (NZD) yang membuat kenaikan berbanding matawang utama yang lain dan hanya susut 0.02% berbanding GBP. GBP pula boleh dikatakan matawang kedua terkuat setakat ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat