Pergerakan Terkini Pasaran Forex Setakat Pada Malam Ini

744

US dollar kekal berada di sekitar paras tertinggi berbanding beberapa matawang utama yang lain pada Rabu dengan pasaran kini sedang menunggu pengumuman penting oleh FOMC pada pukul 2 pagi Khamis.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain tidak berubah setakat pada pukul 9.40 malam. Pada mulanya indeks ini membuat penurunan pada sesi Asia dan berterusan sehingga awal sesi Eropah, dan kini naik semula ke paras pembukaan pada hari ini.

US dollar menguat semula sebelum sesi New York dengan data pekerjaan Amerika Syarikat (ADP-NFP) merekodkan bacaan positif.

Major pair EUR/USD naik 0.02% dengan GBP/USD naik 0.13%. USD/JPY pula jatuh 0.03%, USD/CAD naik 0.12% dan USD/CHF naik 0.04%. AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan kenaikan 0.04% dan 0.03% setakat ini.

Matawang paling kuat setakat ini adalah GBP, manakala matawang paling lemah adalah CAD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair GBP/CAD naik sebanyak 0.23% setakat pada pukul 9.45 malam.

US dollar pada minggu ini meneruskan kenaikannya sejak Isnin dan berterusan sehingga lewat sesi Selasa berikutan Hasil-Bon 10-Tahun Kerajaan AS yang menyambung kenaikannya.

Peningkatan Hasil-Bon AS sejak beberapa minggu lalu telah meningkatkan jangkaan terhadap peningkatan kadar faedah yang lebih banyak pada 2018. Dalam unjuran yang dibuat oleh The Fed,terdapat dua kali lagi kenaikan kadar faedah pada tahun ini dengan sesetengah pasaran menjangka terdapat tiga kali lagi kenaikan.

Tumpuan ketika ini terarah kepada penetapan polisi monetari The Fed pada pukul 2 pagi Khamis di mana kadar faedah dijangka kekal di paras 1.75%. Jika The Fed memberikan isyarat bahawa kadar faedah akan dinaikkan lebih pantas, kita jangka US dollar akan meneruskan kenaikannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat