Pergerakan Terkini Pasaran Forex Setakat Pada Petang Ini

463

Matawang Euro membuat kenaikan pada Isnin selepas kos pinjaman di Itali membuat penurunan daripada lonjakan sebelum ini. Hal ini sekaligus menenangkan pasaran. Agensi penarafan Moody’s telah menurunkan penarafan kredit kerajaan Itali pada Jumaat, namun mengejutkan kerana jangkaan ekonomi dikekalkan di paras stabil.

Walaupun dengan kenaikan matawang Euro, penganalisis mengatakan ia masih akan terkesan oleh perkembangan di Itali, dengan banyak ketidaktentuan pada hari-hari mendatang.

Jelas ketika ini matawang Euro yang melonjak pada awal sesi Eropah, kini membuat penurunan semula dan memadam keseluruhan kenaikan awal tadi.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain membuat kenaikan 0.03% setakat pada pukul 5.53 petang

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan 0.08%, di mana GBP/USD didagang merosot 0.40%. USD/JPY pula naik 0.28%, dengan USD/CAD didagang 0.13% lebih rendah. USD/CHF pula didagang meningkat 0.18%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing mencatat penurunan 0.21 dan 0.23% setakat ini.

Pasaran ekuiti ketika ini dalam keadaan baik dengan harapan kepada pemotongan cukai di China tahun hadapan. Hal ini dijangka akan menambah 1% pertumbuhan ekonomi kedua terbesar itu dan ia pada Isnin telah memangkin kenaikan pasaran saham di Asia sehingga Eropah.

Dalam masa yang sama perkembangan positif di China juga telah mengurangkan kebimbangan geopolitik antara Arab Saudi dan negara barat berhubung pembunuhan Jamal Khashoggi serta ketidaktentuan Brexit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat