Pergerakan Terkini Pasaran Sesi New York : Yen dan Euro Matawang Terkuat

457

Matawang Euro dan Sterling (GBP) kini berada di hadapan sebagai antara matawang terkuat di belakang Yen. US dollar pula berhadapan dengan tekanan dengan pengukuhan oleh Euro ketika ini.

Perkembangan terbaru dalam isu perdagangan menunjukkan China dan Kesatuan Eropah (EU) membuat sidang media bersama selepas rundingan dagangan dua hala berakhir.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain susut 0.13% setakat pada pukul 8.58 malam.

Major pair EUR/USD setakat ini membuat kenaikan 0.23% dengan GBP/USD naik 0.08%. USD/JPY setakat ini membuat penurunan sebanyak 0.28%, USD/CAD pula naik 0.17% dengan USD/CHF hampir tidak berubah dengan susut 0.02%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing membuat penurunan sebanyak 0.38% dan 0.20%.

Matawang paling kuat setakat ini adalah JPY (Yen), manakala matawang paling lemah adalah, AUD dan NZD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair AUD/JPY dan NZD/JPY masing-masing merekodkan penurunan 0.62% dan 0.54%.

Dalam sidang media antara EU-China petang tadi, Naib Presdien China Liu He berkata, “Kedua-dua pihak percaya kita perlu menentang protectionisme dan mengelak sikap seperti itu daripada menyebabkan naik-turun pasaran dan kemelesetan kepada ekonomi global.”

Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Jyrki Katainen pula berkata, “Penting untuk kita bekerjasama dalam menyelesaikan kapasiti berlebihan dalam sektor seperti keluli dan aluminium.”

Secara keseluruhan, sentimen pasaran masih lagi dilihat berisiko dengan kemerosotan indeks saham global. Indeks-indeks utama Eropah ketika ini menyusut dengan DAX di Jerman susut 1.66%, CAC40 susut 0.89% dan STOXX 600 susut 1.32%.

Bukan itu sahaja, majoriti indeks saham Asia juga ditutup lebih rendah pada hari Isnin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat