Pergerakan Terkini Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Malam Ini

70

Matawang Pound (GBP) menjunam pada Isnin berikutan tekanan politik terhadap Perdana Menteri Theresa May. US Dolar pada Isnin bergerak sedikit tinggi walaupun dengan ketidaktentuan (uncertainty) reformasi cukai.

GBP/USD setakat ini merekod kejatuhan sebanyak 107 pip pada masa artikel ini ditulis pukul 9.53 malam. Ia juga merekod kejatuhan sehingga 0.83%.

Matawang Sterling tertekan selepas laporan berita bahawa lebih kurang 40 ahli parlimen Konservatif bersetuju untuk membuat undi tidak percaya terhadap Theresa May.

Indeks US Dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain naik 0.0.6% setakat pukul 9.59 malam.

Indeks ini merekod kejatuhan sepanjang minggu lalu yang merupakan kejatuhan kedua dari sembilan minggu sebelum ini yang disebabkan potensi penangguhan cukai US.

Aussie dolar hari ini membuat gap-down yang disebabkan krisis politk disebabkan isu kewarganegaraan. Malcolm Turnbull pemimpin Parti Liberal kehilangan majoriti di Parlimen disebabkan krisis kewarganegaraan. Parti Buruh hari ini menggesa 150 ahli parlimen dan 76 ahli Senat di ‘upper house’menyediakan surat menyurat yang menunjukkan sejarah keluarga mereka selewatnya 1 Disember ini.

“Krisis kewarganegaraan yang meruncing ini dengan ketidaktentuan politik yang semakin meningkat memberi impak negatif kepada pasaran saham Australia dan Aussie Dolar itu sendiri,” kata Shane Oliver ketua pelaburan di AMP Capital Sydney.

AUD/USD setakat ini jatuh 0.26% dari paras pembukaan harga hari ini. Namun pasangan matawang ini jatuh sebanyak 31 pip dari paras tertinggi hari ini.

Dengan beberapa risiko pasaran ketika ini, ia dilihat telah membantu pengukuhan aset safe-haven berbanding US dolar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat