Pergerakan USD Tidak Menentu! Apa Nak Jadi Ni?

626

US dolar sedikit meningkat pada pembukaan sesi Eropah, dengan diniagakan lebih kukuh berbanding kebanyakan mata wang utama.

Pada sesi Asia sebelum ini, US dolar menyusut selepas meroket tinggi ekoran kenyataan hawkish Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell.

Penyusutan ini berlaku mungkin disebabkan oleh pembetulan harga setelah lonjakan mengejut yang dicatatkan sebelumnya. Ketika penulisan, indeks dolar dilihat semakin stabil di sekitar paras harga 96.00.

Selain itu, kebimbangan yang semakin mereda mengenai varian coronavirus Omicron juga berkemungkinan menjadi faktor untuk USD menyusut dan memberi laluan kepada mata wang risiko membuat kenaikan.

Terdahulu, Powell telah memberi indikasi bahawa bank pusat akan membincangkan untuk mempercepatkan pengurangan pembelian pembelian bon pada mesyuarat polisi edisi Disember.

Hal ini telah menyokong USD untuk kembali mengukuh di tengah ancaman Omicron yang dikatakan akan menjadi risiko lonjakan jangkitan yang tinggi di seluruh dunia, oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sementara itu, mata wang euro yang memaparkan kenaikan pada sesi Asia, sedikit merosot dengan pergerakan harga berlegar pada 1.1300 berbanding dolar greenback. Mata wang pound pula sedikit susut pada 1.3280 berikutan kenaikan yang dipamerkan oleh US dolar.

Penerbitan laporan pekerjaan ADP sektor swasta AS dan pembuatan tinjauan ISM pada malam ini, akan menjadi tumpuan utama pelabur sementara menantikan data NFP pada hari Jumaat.

Dalam pada itu, Gabenor Bank Pusat England (BOE), Andrew Bailey dan Pengerusi Jerome Powell akan berucap pada malam ini dalam acara yang berasingan.

Sebarang kenyataan mengenai penetapan dasar monetari atau ancaman varian Omicron boleh membawa pergerakan lebih agresif buat kedua-dua mata wang pound dan USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat