Pergh! Orang Brazil Boleh ‘Topup’ Kripto Macam Tu Je

160

Ripio, syarikat mata wang kripto di Amerika Latin mula melancarkan kad debit prabayar di Brazil dengan membenarkan pembayaran mata wang kripto serta memperoleh ganjaran tunai (cashback rewards) dalam bentuk Bitcoin (BTC).

Ketua Pegawai Eksekutif Sebastian Serraro menzahirkan hasratnya supaya syarikatnya Ripio mengeluarkan 250,000 kad yang dibangunkan bersama Visa (V) pada akhir tahun.

Sehubungan itu, Ripio telah menawarkan produknya kepada sejuta penggunanya di negara Amerika Selatan termasuklah penyediaan digital kad versi baharu.

Sebagai konteks, kad tersebut akan membenarkan pembayaran menggunakan Brazilian reals dan 28 mata wang kripto Ripio yang disenaraikan dalam platformnya.

Tambahan pula, Serrano menyatakan Ripio sedang mempertimbangkan penambahan ganjaran dalam mata wang kripto selain daripada BTC serta merancang pelancaran kad di Argentina pada akhir tahun ini.

Tambahan daripada itu, jika mempunyai kesempatan, Ripio tidak akan menolak peluang dalam melancarkan kadnya di negara seperti Uruguay, Colombia, Mexico dan Spain.

Disingkapkan, Ripio merupakan syarikat besar pertama di Amerika Latin yang mengintegrasikan mata wang kripto, tetapi Serrano yakin bahawa projek yang dilakukannya akan lebih berkembang serta menjadi pemangkin untuk masa hadapan.

Selain itu, syarikat tersebut juga telah mengumpulkan $50 juta dalam pemusingan pembiayaan Series B diketuai oleh firma blockchain Digital Currency Group (DCG).

Hasilnya, Ripio kini mempunyai 3.5 juta pengguna di sleuruh Brazil, Argentina, Uruguay, Columbia, Mexico dan Spain. Malah, syarikat itu merancang untuk memulakan operasi di Chile sebelum akhir 2022 dan membuka pejabat baru di Peru, Ecuador, Bolivia dan Paraguay pada tahun depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat