Pergh! Teknologi Blockchain Makin Advance!

394

Yayasan VeChain didakwa telah menjalinkan kerjasama dengan China Animal Health And Food Safety Alliance. Berdasarkan pengumuman yang dikemukakan, VeChain adalah satu-satunya penyedia teknologi blockchain yang bekerjasama dengan organisasi berkenaan serta akan menawarkan sokongan teknikal dan infrastruktur. Selain itu, terdapat lebih daripada 130 syarikat terlibat dalam program tersebut, termasuk anak syarikat Starbucks, McDonald’s, dan Walmart.

Untuk pengetahuan semua, VeChain merupakan sebuah projek pengesanan rantaian bekalan dilaporkan telah menjadi rakan kongsi pertamanya sebagai pengguna produk ‘ToolChain’. Namun, ianya tidak didedahkan secara terperinci.

Sementara itu, China Animal Health And Food Safety Alliance (CAFA) pada masa ini menggunakan Food Traceability Program. Melalui program tersebut, pengeluar poultry A.S. Cargill mendedahkan bahawa ia mengesan “Chicken 2.0” di China melalui platform CAFA menggunakan kod QR untuk memberi maklumat kepada para pengguna mengenai data penetasan, ladang, pengeluaran dan persekitaran, perakuan dan laporan ujian.

Di samping itu, VeChain mendedahkan bahawa mereka akan menggunakan platform ToolChain untuk membantu CAFA dalam membangunkan sistem from-farm-to-table traceability di seluruh China dengan penambahbaikan sistem Food Trust yang sedia ada.

Menurut Vechain, semua perusahaan yang terlibat akan dapat memasukkan proses utama produk makanan ke blockchain dengan cara yang sistematik dan selamat, serta dapat memperkukuh kepercayaan antara pengguna dan perusahaan. Ianya merangkumi penanaman, pemprosesan, pembungkusan, logistik, peruncitan dan banyak lagi.

Selain itu, platform pengesanan VeChain untuk makanan dan komoditi lain turut digunakan oleh firma termasuk Walmart China, pengeluar kereta BMW dan BYD Auto, syarikat whitegoods Haier, syarikat pakaian H&M dan banyak lagi serta mempunyai kerjasama dengan firma audit PwC dan   accredited registrar DNV GL.

Untuk pengetahuan semua, platform ini menggunakan proof-of-authority protocol yang membolehkan transaksi dilakukan dengan cepat dan mengunakan kos rendah. Hanya dengan 101 nod kuasa yang dikendalikan oleh syarikat atau individu yang memegang sekurang-kurangnya 25 juta tokennya, akan dapat mengesahkan transaksi dan menghasilkan blok.

Menurut VeChainStats, terdapat lebih dari 150,000 klausa data di mainnet VeChain Thor pada 16 September, dengan 64.3 bilion token VET telah digunakan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat