Perghhh, Gempak Betul Petronas!

2,150

Menurut presiden dan ketua pegawai eksekutif kumpulan Petroliam Nasional Bhd (Petronas),Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, gas asli diramalkan menyumbang hampir RM400 bilion kepada kewangan awam dalam dekad akan datang dan memberikan sumbangan ekonomi yang besar kepada negara pengeluar gas. Tambahnya lagi, industri gas asli adalah penyumbang penting dan langsung kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan kesan ekonomi tempatan yang meluas.

Selain itu, kira-kira 15,000 peluang pekerjaan berjaya dicipta oleh industri di seluruh Sarawak dan Terengganu. Bahkan ianya tidak tertumpu kepada industri minyak dah gas tetapi juga penyelidikan.

Oleh yang demikian, Petronas dikhabarkan telah melabur lebih dari RM18 bilion dalam pembangunan infrastruktur gas yang diperlukan, bagi menyokong pertumbuhan industri tersebut.

Selain itu, terdapat lebih dari 11,000 kargo telah berjaya dihantar dengan selamat ke pasaran utama Petronas dari portfolio kemudahan globalnya di Malaysia, Australia, Mesir, dan akan datang di Kanada.

Tambahan daripada itu, landskap tenaga global yang baru didakwa memerlukan kolaborasi yang lebih besar antara pengeluar, pengguna dan pemerintah untuk memastikan ekosistem agar gas yang menjadi bahan bakar pilihan dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang berkepentingan berjaya dihasilkan.

Sebagai syarikat minyak nasional Malaysia, Petronas akan terus menjalinkan kerjasama yang erat dengan penggubal undang-undang dan pihak berkuasa dalam membentuk Peta Jalan Dasar Tenaga Nasional dan Gas Asli yang akan memastikan penyelarasan objektif dasar untuk mengatasi trilemma tenaga dan meningkatkan kepentingan penggunaan tenaga yang lebih bersih di negara ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat