Pergolakan Dalam Syarikat, Saham Artroniq Buat Terjunan

353

Saham Artroniq Bhd menyusut 4.3% pada sesi awal dagangan hari ini selepas sekumpulan pemegang saham memohon penyingkiran empat pengarah syarikat berkenaan semalam.

Pada pukul 9.35 pagi, kaunter itu turun dua sen kepada 45 sen dengan 473,700 saham didagangkan.

Dalam satu kenyataan semalam, Artroniq berkata, empat pemegang saham syarikat itu meminta empat pengarah digantikan.

Tee Yen Chong, Yeoh Guan Fook, Lee Pei Mei dan Chew Hun Seng yang secara kolektif memiliki sekurang-kurangnya 10% kepentingan syarikat berkenaan, telah menulis surat kepada lembaga pengarah Artroniq untuk menyatakan niat mereka untuk melakukan rombakan lembaga pengarah ketika mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 17 Mei kelak.

Mereka mahu menyingkirkan pengarah iaitu Steven Wong Chin Fung, Choy Eng Lun, Tan Tian Wooi dan Lam Kwan Siew untuk menggantikan mereka dengan Rahimi Ramli, Andrea Huong Jia Mei, Tan Teck Khong dan Chin Yew Thong.

Tambah Artroniq, empat pemegang saham itu turut mendesak agar setiap pengarah yang dilantik antara hari ini dan EGM disingkirkan dengan serta-merta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat