Pergolakan Kazakhstan Makin Parah, Ini Kesannya Pada Harga Minyak!

3,132

Pergolakan di Kazakhstan telah membantu mendorong lonjakan komoditi hitam lebih tinggi berikutan kebimbangan akan ada gangguan terhadap pengeluaran minyak mentah dunia.

Menjelang pembukaan sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent di diniagakan meningkat pada sekitar harga $82.74 setong, manakala WTI Amerika Syarikat pula menokok tinggi pada $80.20 setong.

Dengan mencatat peningkatan 6% pada minggu pertama 2022, kedua-dua penanda aras menyentuh paras tertinggi sejak November 2021.

Pengeluar minyak terbesar Kazakhstan telah mengubah pengeluaran di ladang gergasi Tengiz berikutan protes yang meluas di negara, di mana ia kini mengeluarkan 1.6 juta tong minyak sehari.

Kerajaan telah mengisytiharkan darurat selepas beberapa hari protes di Kazakhstan bermula berikutan tercetusnya kemarahan terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga bahan api sehingga dua kali ganda.

Pergolakan ini telah mendorong campur tangan tentera yang diketuai oleh Rusia sehingga menyebabkan berpuluh-puluh penunjuk perasaab terkorban, sementara beratus-ratus lagi cedera.

Turut menyokong kenaikan harga, adalah gangguan pengeluaran minyak Libya yang turun lebih 500,000 tong sehari disebabkan oleh penyelenggaraan saluran paip dan penutupan medan minyak.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat