Pergolakan Pasaran Minggu Ini Bakal Cetus Lonjakan Dagangan GOLD

731

Kenaikan harga emas dilihat terbantut pada penghujung minggu lalu dengan memaparkan pergerakan mendatar harga pada carta XAU/USD sehingga dagangan bersambung di awal minggu ini.

Perubahan sentimen pasaran serta kekuatan matawang US dolar yang didagangkan dalam pasaran kekal mempengaruhi harga emas.

Dengan jangkaan untuk US dolar bergerak perlahan pada minggu ini menjelang mesyuarat FOMC pada awal Khamis akan memberi ruang buat emas menokok lebih tinggi.

Namun pelabur akan memantau isu-isu semasa yang akan mempengaruhi sentimen pasaran pada minggu ini.

Pertamanya berkenaan peningkatan kes Covid-19 yang dilaporkan oleh Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO) yang merekodkan kes tertinggi harian pada Ahad dengan lebih angka 200,000 kes dalam masa 24 jam.

Namun sedikit melegakan pelabur apabila ujian vaksin oleh syarikat penghasil vaksin mula menyambung semula operasi ujian berikutan sebelum ini ujian terpaksa dihentikan dengan kebimbangan kesan sampingan terhadap peserta.

Selain itu, turut diberi amaran ancaman taufan Sally yang berpotensi untuk mengganggu operasi pengeluaran minyak mentah.

Sentimen pasaran yang berisiko berkemungkinan akan menjadi faktor peningkatan semula permintaan emas dalam pasaran sebagai aset safe-haven.

Jika diperhatikan pada carta XAU/USD, harga bergerak di sekitar zon SBR (support become resistance) 1950.00 selepas kenaikan harga minggu lalu kembali turun di bawah zon tersebut semula.

Dengan pergerakan harga di sekitar paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam harga, pelabur masih menantikan isyarat lebih jelas arah pergerakan harga emas seterusnya.

Penurunan harga bakal menuju semula ke paras sokongan pada 1900.00 jika sentimen positif pasaran membuatkan harga emas menurun.

Sebaliknya, jika harga melonjak, paras tumpuan akan dilihat pada 1975.00 sebelum harga kembali menuju semula zon resistance pada paras 2000.00.

Lihat gambar carta XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat