Pergolakan Politik Terus Rumitkan Reaksi Pasaran Bursa

144

Bursa Malaysia dibuka sedikit tinggi pada permulaan sesi dagangan hari ini dikala sentimen pasaran meningkat susulan harapan untuk pakej rangsangan dari Amerika Syarikat dan China serta penurunan kes harian Covid-19.

Pada 9.06 pagi, indeks petunjuk aras FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) menokok 0.44 mata kepada 1,493.44 daripada 1,493.0 ketika ditutup pada semalam.

Bernama melaporkan, indeks utama itu dibuka 0.15 mata lebih baik kepada 1,493.15.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 175 berbanding 159, manakala 247 kaunter tidak berubah, 1,591 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 209.27 juta unit bernilai RM107.34 juta.

Menurut Malacca Securities, kebanyakan pelabur sedang mengambil langkah berjaga-jaga dalam memilih saham dek kerana ketidakpastian politik yang semakin meningkat.

Selain itu, ada kemungkinan akan muncul minat belian terhadap syarikat yang mempunyai prospek cerah di tengah-tengah musim pendapatan korporat yang akan datang.

Pada baru-baru ini, stok teknologi terpilih telah mengeluarkan hasil yang luar biasa dan dijangka akan terus meningkat naik dan secara tidak langsung, ia juga dapat mempengaruhi sektor teknologi dan perkhidmatan pembuatan elektronik.

Melihat kepada saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing menambah satu sen kepada RM8.00 dan RM3.98, manakala TNB naik dua sen kepada RM9.65 dan Petchem tidak berubah pada RM8.05.

Bagaimanapun, IHH Healthcare susut tujuh sen kepada RM5.65 berikutan penurunan kes harian Covid-19.

Bagi saham aktif, Fitters naik dua sen kepada 38 sen, Greenyield naik setengah sen kepada 38.5 sen dan Emico melonjak lapan sen kepada 38.5 sen.

Manakala, YGL menambah satu sen kepada 31 sen dan YLI meningkat 12.5 sen kepada 54.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 2.25 mata pada 10,987.91, Indeks FBMT 100 naik 2.17 mata kepada 10,694.3 dan FBM ACE meningkat 2.26 mata kepada 7,089.19.

Indeks FBM Emas Shariah susut 4.56 mata kepada 12,066.71 dan FBM 70 jatuh 0.68 mata kepada 14,619.15.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 15.68 mata kepada 14,684.23, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.18 mata kepada 188.0 dan Indeks Perladangan melonjak 8.16 mata kepada 6,017.4.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat