Perhatian! Kad Debit KuCoin Ada Perkembangan Baharu Mengejutkan!

342

“Wow bagus-bagus, banyak firma sekarang dah minat untuk sertai pasaran kripto.”

Kad debit mata wang kripto dilancarkan oleh KuCoin dipanggil KuCard bakal menyepadukan Apple Pay kepada para penggunanya bagi mewujudkan kaedah pembayaran yang lebih peribadi, selamat dan terjamin.

Bukan itu sahaja, penyepaduan tersebut juga dapat bantu pengguna mengelak daripada berkongsi maklumat kad kreditnya dengan pihak ketiga, menyentuh butang fizikal atau tukar wang tunai yang boleh sulitkan setiap transaksi.

Bagi buat pembayaran tanpa sentuh, pelanggan perlu memegang iPhone atau Apple Watch mereka sehingga ke terminal pembayaran, jadi di sini dapat dilihat keselamatan pengguna dapat terjamin susulan setiap transaksi Apple Pay disahkan oleh Face ID, Touch ID mahupun kod laluan peranti.

Pengguna iPhone, iPad dan Mac turut dapat buat pembelian lebih cepat dan mudah melalui aplikasi atau web dalam Safari dengan mengaplikasikan Apple Pay yang menghapuskan keperluan untuk melakukan akaun atau masukkan penghantaran serta pembayaran.

Jika ingin gunakan perkhidmatan itu, pelanggan kad debit perlu buka aplikasi Wallet, pilih Plus kemudian ikut arahan untuk menambahkan KuCard pada iPhone mereka dan selepas melampirkan kad pada iPhone, iPad, Mac atau Apple Watch, pengguna boleh gunakan Apple Pay serta-merta.

Keputusan KuCoin untuk membenarkan penggunanya menyepadukan perkhidmatan Apple Pay bersama perkongsian pemain institusi besar dalam pasaran kripto sedang meningkat, di mana Deloitte, Microsoft dan Goldman Sachs telah bekerjasama dengan rangkaian blockchain baharu.

Suka dimaklumkan semakin banyak perniagaan di seluruh dunia sudah menggunakan Bitcoin (BTC) termasuk aset digital lain untuk pelbagai sebab operasi, transaksi dan kewangan.

Perniagaan boleh berganding bahu bersama rakan kongsi di negara yang mempunyai akses terhad pada perbankan tradisional seterusnya menembusi pasaran baharu dengan melaksanakan pembayaran kripto rentas sempadan B2B.*

*Transaksi antara dua perniagaan di mana setiap pihak berada di negara yang berbeza

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat