Perhatian Kini Terarah Kepada Retorik ECB Sebagai Penggerak Utama Euro

42

Kini risiko politik global semakin berkurangan sekurang-kurangnya dalam jangka pendek. Pasaran akan terus memerhatikan komen oleh ECB jika terdapat perubahan dalam pendirian mereka selepas Macron dinobat sebagai pemenang pilihanraya presiden Perancis.

Kemenangan Macron telah melonjakkan keyakinan dalam jangkaan politik dan ekonomi di masa hadapan. Sebelum ini Le Pen mengancam untuk mengeluarkan Perancis dari Kesatuan Eropah di mana memberi risiko kepada pasaran Eropah.

Kini fokus di Zon Eropah dalam jangka pendek ada dua. Dari segi politik, Kesatuan Eropah sudah tentu lebih yakin dan memberi impak yang signifikan kepada parti Chancelor Jerman Angela Merkel iaitu Parti CDU.

Dengan risiko politik yang semakin berkurangan, terdapat juga potensi nada yang lebih ‘hawkish‘ dari Gabenor bank pusat Jerman terhadap pengetatan polisi monetari.

Retorik dari individu penting ECB juga akan menjadi perhatian utama khususnya selepas ECB menunjukkan keyakinan dalam ekonomi di masa hadapan, ditambah lagi dengan kelegaan politik Perancis.

Faktor utama sekarang adalah sama ada perkembangan terbaru ini akan mengalihkan persepsi dan mencetuskan perubahan polisi ECB yang signifikan.

Retorik dari pegawai-pegawai ECB akan diperhatikan secara teliti dalam jangka pendek. Komen Presiden Draghi juga sangat penting dalam mempengaruhi sentimen pasaran jangka pendek.

Draghi dijangka akan berucap pada Rabu di bank pusat Belanda dan juga akan terlibat dalam mesyuarat G7 lewat minggu ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat