Perhatian Semua! Ripple Dah Bekerjasama Dengan Bursa Kripto Ini!

1,302

“Hmm agaknya lepas ni Ripple akan berganding bahu dengan siapa?

Tanpa melengahkan masa, Ripple telah memeterai perjanjian bersama bursa mata wang kripto Uphold berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) bagi menyokong serta meningkatkan infrastruktur pembayaran rentas sempadannya.

Menurut Pegah Soltani, Ketua Produk Pembayaran di perusahaan blockchain berkata bahawa platform yang mempunyai kepakaran kecairan mendalam dapat membantu Ripple mencapai matlamat diingininya.

Sementara Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Uphold Simon McLoughlin pula memuji Ripple sebagai pemain penting dalam ruang kripto yang menyediakan perkhidmatan sangat berharga kepada perniagaan yang buat pembayaran rentas sempadan.

Kemudian, McLoughlin turut berpandangan kerjasama itu telah berjaya menggambarkan bagaimana kedua-dua firma tersebut boleh digabungkan bagi membuat pemindahan kripto ke fiat dan pembayaran bank yang cekap.

Namun perlu diketahui kerjasama antara Ripple dan Uphold tidak menyebabkan sebarang kenaikan harga untuk XRP susulan ia telah melakukan penurunan sedikit sejurus selepas melepasi $0.58 pada 24 Oktober 2023.

Oleh demikian, XRP mungkin akan menyaksikan pergerakan turun naik pada bulan-bulan berikutnya susulan daripada keadaan seluruh pasaran kripto termasuk potensi perkembangan yang mengelilingi tuntutan mahkamah antara Ripple dan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC).

Setakat penulisan ini, harga XRP menjunam sebanyak 1.06% pada paras $0.55 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $29 bilion tetapi tetap merekodkan lonjakan 14.69% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat