Perjanjian $200 Juta Binance Untuk Melabur Dalam Forbes Temui Kesukaran

398

Perjanjian pelaburan Binance Holdings Ltd. bernilai $200 juta dengan Forbes menjadi tidak menentu selepas rancangan untuk membuat kemunculan di bursa saham melalui SPAC telah menemui kegagalan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Changpeng Zhao atau lebih dikenali sebagai CZ.

SPAC, atau Special Purpose Acquisition Company ialah syarikat yang ditubuhkan semata-mata untuk tujuan pengumpulan modal melalui IPO.

Bagaimanapun, Zhao menegaskan bahawa syarikatnya masih berminat untuk meneruskan perjanjian itu tetapi tidak mendedahkan bagaimana terma dan syarat akan berubah.

Dalam temu bual dengan Bloomberg TV, Zhao memberitahu perjanjian itu telah ‘berubah’, tetapi yakin ia masih dalam perbincangan.

Setahun yang lalu, Forbes telah merancang untuk membuat kemunculan di Bursa Saham New York (NYSE) melalui penggabungan dengan firma Magnum Opus Acquisition Ltd.

Namun pada 1 Jun baru-baru ini, ia mengumumkan bahawa perjanjian itu telah dibatalkan kerana pelabur mengundi untuk menentangnya.

Binance sepatutnya melabur $200 juta sebagai sebahagian daripada pelaburan strategiknya dan juga akan menjadikannya sebagai salah satu pelabur utama dalam firma media itu.

Selain Forbes, Binance juga pernah berjanji untuk melabur sekitar $500 juta dalam perjanjian pembelian Twitter bernilai $44 bilion Elon Musk.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat