Perjanjian Brexit Dikritik – Ini Ulasan Pihak Perunding EU&UK!

238

Salah seorang anggota kanan pasukan perunding UK tampil memberi ulasan mengenai kesepakatan perjanjian perdagangan antara Britain dan Kesatuan Eropah yang dicapai baru-baru ini kerana ada yang sangsi mengenai hala tuju UK selepas ini.

Menurut beliau, persetujuan yang dicapai tempoh hari adalah salah satu perkara yang positif untuk industri perikanan. Hal ini kerana, dengan perjanjian yang dicapai, industri perikanan dapat berkembang dengan sendirinya tanpa campur tangan pihak lain dan bahkan ia telah menunjukkan kemajuan yang positif dalam tempoh peralihan selama 5 tahun lebih.

Segelintir pihak telah mengkritik perjanjian pasca Brexit tersebut dengan mengatakan bahawa industri tersebut telah menjadi ‘kambing hitam’ dalam rundingan pasca Brexit.Namun hal tersebut telah dibantah, pegawai kanan pasukan perunding UK tersebut berpendapat bahawa kesepakatan tersebut membolehkan UK mengakui kedaulatan di perairan perikanan UK.

Disisi lain, perunding Kesatuan Eropah Brexit Michel Barnier turut merakamkan kelegaan dengan mengatakan pada hari Selasa bahawa kesepakatan perdagangan yang dicapai dengan Britain adalah melegakan dan memberikan kestabilan untuk pengguna dan syarikat.

Walaubagiamanapun, Barnier mengatakan masih ada beberapa elemen yang perlu ditentukan dalam hubungan masa depan EU dengan Britain, termasuk mengenai kerjasama dasar luar.

Terkini, UK sedang menantikan ratifikasi yang bersifat formal ke atas perjanjian tersebut dan sedang bekerja sama untuk menangani isu-isu utama seperti perubahan iklim. Pasaran pula sedang menantikan Parlimen UK dan EU untuk meluluskan perjanjian tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat