Perjanjian Dagang Gagal Dipenuhi, Habislah China Kena Dengan AS

167

Amerika Syarikat telah menjanjikan pendekatan baru untuk hubungan perdagangan dengan China, mengatakan ia akan melakukan apa sahaja untuk melindungi kepentingan ekonominya.

Wakil Perdagangan AS, Katherine Tai memberitahu bahawa beliau akan mendapatkan rundingan baru dengan Beijing susulan kegagalan China untuk memenuhi perjanjian perdagangan fasa 1 yang dipersetujui bersama bekas Presiden Donald Trump sebelum ini.

Beliau juga tidak menolak untuk mengenakan tarif perdagangan tambahan ke atas ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Menurut perjanjian yang ditandatangani pada Januari 2020, Beijing bersetuju untuk membeli sekurang-kurangnya $200 bilion tambahan barang dan perkhidmatan AS dalam tempoh dua tahun.

Namun, disebabkan pandemik wabak Covid-19 yang melanda sehingga menjejaskan aktiviti ekonomi dunia, China gagal menepati janjinya.

Tai yang berucap di Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa pada Isnin mengatakan objektif AS bukan untuk menimbulkan ketegangan perdagangan dengan China, tetapi mereka perlu mempertahankan ekonominya .

Oleh itu, AS bersedia untuk mengambil semua langkah yang diperlukan untuk melindungi ekonominya daripada kerosakan yang disebabkan oleh persaingan tidak adil.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat