Perjanjian Nuklear Iran Masih Gagal Dipulihkan, Ini Reaksi Harga Minyak!

100

Harga minyak kekal mendatar menuju penghujung minggu di tengah-tengah prospek perjanjian nuklear Iran yang terhenti dan ancaman sekatan baharu ke atas Rusia susulan tindakan terbarunya pada Rabu.

Terbaharu, pegawai kanan Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata usaha untuk memulihkan perjanjian nuklear Iran 2015 telah terhenti berikutan desakan Tehran untuk menutup penyiasatan badan pemerhati nuklear PBB.

Umumnya ia merupakan faktor positif buat komoditi hitam itu memandangkan ini juga bermakna bekalan minyak Iran tidak akan mengalir semula ke pasaran.

Namun, harga minyak gagal meningkat susulan keputusan Federal Reserve (Fed) yang menaikkan kadar faedah dalam mesyuarat terbarunya terus menyuramkan prospek terhadap pertumbuhan ekonomi dan permintaan.

Dalam pada itu, Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan sedang merancang sekatan baharu terhadap Rusia selepas ia mengumumkan kerahan tambahan tentera ke Ukraine pada Rabu dan mengancam utuk menggunakan nuklear.

Ketika sesi dagangan Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan berlegar pada $90 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula sedikit berubah pada $83 setong.

Secara keseluruhannya, dagangan minyak mentah kekal bergerak di sekitar harga yang sama sepanjang minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat