Perjanjian Perdagangan AS-China Akan Ditandatangani Pada Minggu Ini?

369

Berdasarkan laporan South China Morning Post pada hari Isnin, Naib Perdana Menteri China, Liu He akan melawat Washington pada minggu ini bagi menandatangani perjanjian perdagangan “Fasa 1” dengan Amerika Syarikat.

Akhbar tersebut telah menukilkan salah satu sumber bahawa Washington telah menghantar surat undangan dan Beijing telah menerimanya.

Walaubagaimanapun setakat ini kedua-dua belah pihak belum mengeluarkan rincian mengenai perjanjian yang telah dipersetujui dan dalam masa yang sama belum ada laporan tulisan yang dikeluarkan.

Berita ini telah meningkatkan harapan dalam pasaran dan secara tidak langsung telah mendorong beberapa pasaran saham mencatat peningkatan yang positif.

Presiden A.S. Donald Trump pada awalnya mengumumkan rancangan bagi perjanjian perdagangan fasa awal pada bulan Oktober, dan perunding A.S. dan China telah menghabiskan beberapa minggu bagi mencapai kesepatakan yang akhirnya disebutkan sebagai perjanjian Fasa 1.

Wakil Perdagangan A.S. Robert Lighthizer berkata bulan ini bahawa wakil dari kedua-dua negara akan menandatangani perjanjian itu pada minggu pertama Januari.

Pada minggu lepas, Trump telah mengumumkan kepada wartawan bahawa beliau dan Presiden China Xi Jinping akhirnya akan mengadakan majlis menandatangani perjanjian itu. Trump tidak memberikan butiran lanjut, tetapi berkata perjanjian tersebut telah selesai dan sedang diterjemahkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat