Perjanjian Perdagangan AS-China Berkemungkinan Akan Ditangguhkan Sehingga Pilihan Raya 2020?

401

Presiden Donald Trump pada hari ini mengeluarkan kenyataan yang memberi indikasi bahawa perjanjian perdagangan dengan China berkemungkinan akan dilewatkan sehingga selepas pilihan raya pada November 2020. Hal ini telah mengurangkan harapan pasaran bahawa kesepakatan rundingan perdagangan dapat dicapai dalam masa terdekat dan ia bakal membenani ekonomi dunia.

Trump memberitahu para wartawan di London bahawa “saya tidak mempunyai tarikh akhir dalam rundingan perdagangan”.Tambah beliau, “Dalam beberapa keadaan, saya menyukai pendapat yang memerlukan saya menangguhkan rundingan perdagangan dengan China sehingga selesai pilihan raya. Namun jika mereka mahu perjanjian ini dapat diselesaikan secepat mungkin maka kami akan melihat terlebih adakah perjanjian tersebut akan membawa kepada keuntungan atau tidak.”

Susulan daripada kenyataan Trump, pasaran saham Eropah dan Amerika Syarikat telah mengalami kejatuhan. Matawang China, yuan telah susut ke paras terendah 4 minggu berikutan komen Trump yang terus menambah tekanan dalam isu perdagangan dengan negara-negara lain.

Pada hari Isnin, Trump telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan segera memulihkan kembali pengenaan tarif keatas barangan import besi dan aluminium dari Brazil dan Argentina. Beliau telah mengkritik negara-negara tersebut kerana mengurangkan matawang mereka sehingga merosakkan pendapata para petani A.S.

Selain itu, Amerika Syarikat juga telah mengancam untuk meningkatkan tarif 2x ganda ke atas barangan Perancis, bermula daripada arak sehinggalah kepada beg tangan keranan cukai perkhidmatan digital telah memberi impak buruk terhadap teknologi A.S.

Sebelum ini, penasihat perdagangan A.S, Wilbur Ross telah mengatakan pada bahawa tarif tambaha 15% akan dikenakan ke atas barangan import China yang bernilai $156 billion pada 15 Disember jika tiada apa-apa perjanjian dimenterai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat